Rabu, 23 Mac 2011

tERleTAk aR.....

Assalammualikum dan morning semua huhu kembali update semalam cuti haha ok hari ni nak cerita pasal tertetak,tertetak sapa? ini kisah aku main reka saja yea hoho tiada kena mengena dengan sesiapa...


ok baiklah alkisahnya macam ni ada 1 pasangan ni mereka sudah berkahwin. Si suami berkerja hingga lewat malam, Si isteri pulak suri rumah tangga sepenuh masa huhu. Ketika si suami pergi kerja si isteri ini duduk la mengemas rumah dan lain-lain. Setelah penat menunggu si suami belum balik-balik lagi dari kerja, si isteri terus pergi tidur di dalam bilik.


Jam ditangan sisuami sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, Sisuami terus pulang ke rumahnya. Ketika pulang kerumah si suami terlupa nak bukak lampu dirumahnya,kerana lampu diluar terbuka dan sudah cerah. Lalu terus masuk rumah,dan terus ke bilik untuk tidur kerana keletihan kerana seharian bekerja. Ketika hendak melendingkan badannya ke katil tiba-tiba sisuami terasa something ada ditangannya lalu pergi kedapur terus mencapai kapak kemudian mentetak something yang dia terasa tadi. Tiba-tiba si isteri menjerit....


si isteri : Abang....kenapa ni? aduss sakit la...

si suami : alamak....yang tak apa-apa ka? YAALLAH...abang tak perasan pun,abang ingat tadi ular...tapi rupanya maaf la yang abang minta maaf bebanyak yea,serius abang ingat tadi ular wuwu maaf la yea ayang  tak pa esok abang bawak ayang  pi kedai pastu betulkan balik yea? tak pa nanti naik balik kan? maaf la abang tak sengaja 


si isteri : Penat taw orang simpan dah lama taw,bukan senang ni hurm nasib malang sungguh kali ni hurm lain kali sebelum tidur bukak lampu dulu na? tengok sekarang dah jadi apa? habis rambut ayang jadi pendek, dari panjang ke kaki sekarang hurm..punah habis,tinggal kenangan ja rambut ni...abang la ni pi tetak rambut ayang ish...


si suami : ala maaf la tak sengaja....tak pa nanti rambut tu naik balik nanti simpan la bagi panjang huhu bukan sesaja nak tetak taw..ok janji lepas ni sebelum tidur kena bukak lampu ok?abang janji.


Si isteri : jangan janji tinggal janji ja taw...ingat tu lain kali bukak lampu dulu.


Si suami : ok baiklah ayang  


Pengajaran disini jangan lupa pasang lampu erk haha,kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa hanya rekaan semata-mata

Dimanakah hala tuju pelajar SPM 2011??

Hari ini pasti ramai yang sudah mendapat keputusan SPM tahun 2011. Meraka ialah masa hadapan negara. Kini mereka sudah mula mencari hala tuju masing-masing mengikut kehendak hati demi mencapai cita-cita yang diimpi. Tidak kiralah sama ada mereka sudah berjaya dengan cemerlang ataupun ada yang gagal dan berhasrat untuk mengulang.

Mereka harus sudah bermula merancang masa depan sama ada, meneruskan pembelajaran, bekerjaya, ataupun sudah mahu berumahtangga? Mereka harus mula merancang dari sekarang, kerana mereka sudah sampai ke alam dewasa, dan bukan lagi kanak-kanak.

Jika ingin menyambung pelajaran, fikir betul-betul corse yang ingin diambil. Jangan ikut suka hati takut memakan diri. Ukur baju di badan sendiri, kalau tidak rugi suatu hari nanti. Kalau tidak mampu, cuba cari yang bersesuaian dengan diri. Andai ada ibu bapa yang menyarankan sesuatu. Beranilah menyuarakan kemampuan anda. Saya pasti mereka hanya mahukan yang terbaik dari anda.

Jika ingin bekerjaya, fikir betul-betul basa hadapan yang akan ditempuhi. Zaman sekarang nilai ata wang semakin tinggi. Sebelum mencapai usia 25tahun mampukah anda membina aset sendiri dengan kerjaya itu? Bekerja menggunakan SPM sekarang amat sukar diperolehi, dan nilai gajinya belum tentu membantu masa depan. Fikirlah yang terbaik untuk masa depan, bukannya sekarang. Sebaiknya belajar dahulu kalau mampu. Andai tidak, carilah kerjaya kerajaan kerana cerah masa depan.

Jika ingin berumah tangga, berfikir dengan waras dengan akal yang sihat. Selalunya wanita akan memilih pilihan ke3 ini sebagai penyelesaian. Sila katakan TIDAK! Kerana anda perlu juga berjaya. Sebarang kemungkinan mungkin berlaku. Andai yang sudah berumah tangga bermasalah, Adakah anda mahu meminta pertolongan keluarga ibu? Jadilah wanita yang berfikir. Tidak rugi bekerjaya. Agar bahgia hingga keakhir hayat.

Ini adalah pengalaman orang yang sebelum dari kamu. Kamu sudah merasakan asam garam kehidupan terlebih dahulu. Saya hanya menunjukkan jalan, dan anda harus memilih jalan yang mana. Jangan salah langkah.

Terlajak perahu boleh diundur,   terlajak masa tidak akan kembali,jika masa tidak bisa diundur,   maka rugilah hidup sampai mati.

Kalau sudi sebarkanlah link ini kepada rakan-rakan kalian untuk ditatapi. Thanks.

Hanya ini pesananku kepada adik-adik sekalian. Hanya ku mampu berdoa agar kejayaan kalian. Semoga Allah memberikan kejayaan diri, kebahagiaan hidup, dan kesenangan di dunia dan di akhirat nanti, insyallah.

Sekian. :)

Cuba Try Test

aku baru je balik dari office sebab buat editing untuk program TV. sampai rumah terus on laptop, buka fb, tgk notification, buka group class aku. Jafni, classmate aku ada post sesuatu yang membuatkan aku tergelak kejap. korang cuba laaa

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.release tension~


i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

kongsi jawapan anda...sharing is caring ..nk tau gak ape korangg punya ...hehhe ... =) =)